Sunday, October 25, 2009

Wedding Sri Rani & Lily Dato Johar

Lily merupakan anak tunggal kepada Dato Johar dan Datin Maimun.. Diperkenalkan oleh pihak Jakel kepada saya ketika Lily dan datin tgh mencari designer untuk mereka pakaian Lily bagi majlis pertunangannya awal tahun ini.. Bermula dari majlis pertunangan berterusan la ke majlis pernikahan dan persandingan bagi kedua belah pihak dipertanggungjawabkan kepada saya untuk menyiapkan keseluruhan busana. Termasuklah juga baju untuk datin, dato dan juga pengapit.. Ketika majlis pertunangan, i tak dapat hadir so gambar2 pun xde.. Apakata kite mulakan dengan majlis pernikahannya dulu.. Jom tgk gambar2 ni dulu ek..
Nurul Shukor pula dipertanggungjawab untuk make up plak bagi majlis nikah, bersanding di rumah dan di dewan..

BDA - MIFW 2009 Press conference

Pada 23 okt. baru2 ni berlangsungnya sidang akhbar anjuran Bda-mifw 2009 yang mana bertujuan untuk memperkenalkan kesemua aturcara yang bakal berlangsung sepanjang minggu fesyen mifw nanti.. Kesemua lapan finalis untuk young designer search turut diperkenalkan kepada sidang media. Selain dari itu, designer2 yang terlibat untuk fashion show pada 8 nov seperti Rizman Ruzaini, Zery Zamry, Hazwani Osman, Jasmi Rejab dan ramai lagi la turut diperkenalkan kepada media..Masing2 keluar dengan seorang model dan rekaan yang bakal dipertontonkan pada bda show nanti.

Interview oleh Nona Tv3

Pas pc ni rushing nak kejar my client wedding plak mlm tu kat Dewan Perdana Felda.. Majlis persandingan antara Sri Rani & Lily Datto Johar.. See more updates bout their wedding in next entry k..;)

Thursday, October 22, 2009

Young Designer Search 2009 (Bumiputra Designer Association)

Alhamdulillah..Akhirnya berjaya juga terpilih sebagai finalist untuk Young Designer Search 2009 (Bumiputra Designer Association).. Ini merupakan salah satu slot untuk minggu fesyen kuala lumpur yang mana salah satu program fesyen terbesar di Kuala lumpur..

Seramai 8 pereka muda telah terpilih untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 8 Nov 2009 di Pavilion Kuala Lumpur..
Finalis bersama dengan orang kuat BDA..
Setelah 8 finalis akhir dipilih oleh judges yang terdiri daripada pereka2 fesyen dan golongan profesional dlm bidang fesyen iaitu Albert King, Syaiful Baharim, Ashley Kapas couture, Zaihani Astro dan Asiah Mion (editor majalah EH!), sekali lagi kami dipanggil untuk memberi penjjelasan dgn lebih terperinci lagi bagi setiap rekaan kami.. time ni lah semuanya kena bantai..huhuhu..tapi untuk kebaikan laa kan...;) Kami diberi panduan dan komen untuk memperbaiki lagi mutu rekaan kami.. So mana yg xelok tu dielokan..Yg terlebih dikurangkan..

One of the judges.. Mr.Syaiful Baharim tgh belek2 my styling image board..
Ni tgh present my design to the judges.. Kena briefing dgn Albert King ni..Semua judges tgh komen2 my design..takotnyer time ni tau..

Pastinya nasihat dan komen para golongan profesional ni amatlah kami perlukan untuk memastikan rekaan kami lebih bermutu dan mantap..Bukan senang yer nak dpt nasihat percuma dari pereka2 meletop Malaysia ni tau.. Terima kasih semua..See u in final!!! (** thanks sarah fr the pic..hehehehe..;)**)





Tuesday, October 20, 2009

Wedding Hijjaz & Nadia

Majlis pernikahan bagi pasangan Hijjaz & Nadia ni berlangsung di kediaman keluarga Nadia di Kajang.. Majlis nikah diadakan pada pada sebelah petang. Sepasang kurung moden dari fabrik beaded spiderweb lace berwarna light grey menjadi pilihan Nadia.. Hantaran dan dekorasi pelamin pula dikendalikan oleh Man kajang.. Nadia ni dah buat persediaan untuk majlis perkahwinannya ini dari hujung tahun lepas lagi.. Sememangnya ketelitian amatlah dititiberatkan apatah lagi untuk busana yang dipakainya.. Fabrik dibeli di Indonesia dan juga di Jakel..
Ketika majlis pernikahan.. Ini Fieq ( my assistant ) & Nadia..

Untuk majlis resepsinya pula diadakan di Dewan Perbadanan Putrajaya.. Rona warna purplelish pink menjadi pilihan..Long dress dari gabungan fabrik double satin dan beaded lace dihasilkan untuk Nadia bagi majlis persandingannya ni.. Hijjaz pula mengenakan sepasang baju melayu dan jaket pada bahagian luarnya juga dari fabrik double satin dan juga silk broked.. Ezral sebagai make up artist untuk Nadia kali ni memangnya tidak menghampakan..Maklum la make up artist yang da hebat ni sentuhan dia tu sangatlah cantik..;)
Selain daripada baju untuk si pengantin ni, i buat la jugak baju untuk pengapit Nadia iaitu Amira yang mana adik kepada Nadia. Baju mak pengantin pun i buat..Kiranya satu family lah..Sepasang kurung moden dari fabrik plain silk chifon yang mana i hiasi dengan sulaman tampalan border french lace pada bahagian under chest yang mana memberikan effect empire cut pada baju kurung moden ni..Baju datin plak juga rekaan kurung moden dari fabrik plain tone silk chifon.. Lengkap dengan tudung sekali yer..
Amira pengapit kepada kakaknya Nadia..
Alhamdulillah..akhirnya semuanya berjalan dgn lancar setelah berbulan2 menyiapkan keseluruhan tempahan untuk keluarga Nadia.. Terima kasih atas kesabaran dan layanan baik dari anda sekeluarga.. Harap kite ketemu lagi untuk tempahan baju yg seterusnya plak yer...;) Jom kite tgk gambar2 sekitar majlis perkahwinan Nadia & Hijjaz ini......

Monday, October 19, 2009

Tresna & Didi

Diaorang berdua ni antara my favourite client dan antara client yang dah berterusan buat baju dgn i. Mula2 dulu i mula dengan buat baju wedding untuk adik lelaki diorang serta baju datin, Tresna and Didi untuk function wedding tu. Dari situ teruslah kekal untuk baju2 function diaorang. Baru2 ni Tresna dan Didi ni buat baju untuk satu wedding function kawan diorang. Didi jadi bridesmaid n Tresna just attend as guest.. Anyway baju ni siap dlm tempoh masa xsampai 2 minggu.. Urgent lagi lah kan?.. huhuh.. but both of them loves the baju very much.. ;) Untuk Didi i buat an empire cut dress dari fabric lace n chiffon..Tresna plak give her idea base on fashion spread dari majalah voque.. Short blouse with one sleeve dari fabric french lace.. modern touch n satu gaya yg agak berani untuk ke wedding function.. Tapi Tresna ni mmg fashionista people tau.. Ini a few snapshoot masa fitting session..

In front of Tresna new house.. A very nice house.. Bila la agaknyer nak dpt umah mcm ni..;)

Friday, October 16, 2009

Engagement of Nasreen Shanaz & Noor Azman

Majlis pertunangan antara Nasreen & Azman berlangsung di kediaman keluarga Nasreen di Sunway Damansara. Berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi sangat cantik. Nasreen memilih rekaan kebaya labuh dari fabrik french lace dalam rona warna old purple. Dilengkapi dengan sehelai layah pendek dan sepasang kasut yang diperbuat dari material yang sama. jahitan manik serta tampalan batu2 swarozski menjadi perincian utama untuk persalinan bertunang ini..

Wednesday, October 14, 2009

Wedding Shafie & Suhana

Suhana ni i da kenal dari zaman kecik2 lagi..Kami berjiran di taman balok maju, kuantan.. Then bila da meningkat remaja n dewasa masing2 ilang..tup2 jumpa di kl.. Rupanya si suhana ni geng2 dgn syafiq, bobot, kak ngah... after i buat wedding utk bobot n kak ngah, suhana ni pun interested nak buat baju wedding dia dgn i..Apatah lagi kami ni sejiran n sekampung.. Macam mimpi jadi realiti plak.. masa kecik sama2 main basikal..bila da dewasa i plak yg buatkan baju wedding dia.. Thanks Suhana..;) Untuk majlis nikah i mereka sepasang kurung moden plain chifon dgn patching border french lace. Jahitan manik serta juraian manik pada hujung baju dan veil. Anggun, sopan dan manis.. Gabungan warna merah maroon dan putih menjadi tema untuk majlis persandingan Suhana & Shafie. Rekaan kebaya pendek dari fabrik french lace serta perincian riben dari fabrik chifon merah menjadi detailing utama pada baju suhana ini.. Jahitan manik serta tampalan diamond swarovski menyerikan busana ini.

Untuk majlis resepsi sebelah Shafie Suhana mengenakan sepasang dress dari fabrik dutches satin.. Shafie plak mengenakan sepasang baju melayu pesak dari rona warna coklat tua..Kontras kan? Tapi itulah yg diinginkan oleh pasangan pengantin ni.Nampak la kelainan sikit.. Dress Suhana dihiasi dengan tampalan french border lace pada bahagian bawah dada. Manik dari warna baju Shafie dikenakan supaya nampak la keserasian. Moden kontemporari look la sikit..

Wedding Mazwan & Farah Jasni

Saya diperkenalkan dengan Farah oleh Pn Nona jakel setelah dia datang ke jakel dgn penuh perasaan yang sedih, geram dan macam2 lagilah.. Sebabnya baju pengantin yang ditempah dengan salah seorang pereka tempatan yang agak famous tidak begitu memuaskan hatinya. Akhirnya setelah kami berbincang beliau bersetuju untuk menempah baru sepasang baju songket untuk majlis berinai dan sepasang lagi untuk majlis resepsi yang diadakan di penang.. Alhamdulillah... farah and auntynya yang menguruskan majlis perkahwinannya begitu berpuas hati busana pengantinnya yang baru ni...heehehehehhee... hilang penat...;) Thanks farah..

Kebaya labuh tradisional dari kain songket bunga tabur dengan sulaman french lace serta jahitan manik untuk majlis berinai.. Manakala untuk majlis resepsi pula rekaan kebaya labuh serta dress labuh dari material beaded french lace..