Majlis pernikahan bagi pasangan Hijjaz & Nadia ni berlangsung di kediaman keluarga Nadia di Kajang.. Majlis nikah diadakan pada pada sebelah petang. Sepasang kurung moden dari fabrik beaded spiderweb lace berwarna light grey menjadi pilihan Nadia.. Hantaran dan dekorasi pelamin pula dikendalikan oleh Man kajang.. Nadia ni dah buat persediaan untuk majlis perkahwinannya ini dari hujung tahun lepas lagi.. Sememangnya ketelitian amatlah dititiberatkan apatah lagi untuk busana yang dipakainya.. Fabrik dibeli di Indonesia dan juga di Jakel..
Ketika majlis pernikahan.. Ini Fieq ( my assistant ) & Nadia..Untuk majlis resepsinya pula diadakan di Dewan Perbadanan Putrajaya.. Rona warna purplelish pink menjadi pilihan..Long dress dari gabungan fabrik double satin dan beaded lace dihasilkan untuk Nadia bagi majlis persandingannya ni.. Hijjaz pula mengenakan sepasang baju melayu dan jaket pada bahagian luarnya juga dari fabrik double satin dan juga silk broked.. Ezral sebagai make up artist untuk Nadia kali ni memangnya tidak menghampakan..Maklum la make up artist yang da hebat ni sentuhan dia tu sangatlah cantik..;)
Selain daripada baju untuk si pengantin ni, i buat la jugak baju untuk pengapit Nadia iaitu Amira yang mana adik kepada Nadia. Baju mak pengantin pun i buat..Kiranya satu family lah..Sepasang kurung moden dari fabrik plain silk chifon yang mana i hiasi dengan sulaman tampalan border french lace pada bahagian under chest yang mana memberikan effect empire cut pada baju kurung moden ni..Baju datin plak juga rekaan kurung moden dari fabrik plain tone silk chifon.. Lengkap dengan tudung sekali yer..
Amira pengapit kepada kakaknya Nadia..
Alhamdulillah..akhirnya semuanya berjalan dgn lancar setelah berbulan2 menyiapkan keseluruhan tempahan untuk keluarga Nadia.. Terima kasih atas kesabaran dan layanan baik dari anda sekeluarga.. Harap kite ketemu lagi untuk tempahan baju yg seterusnya plak yer...;) Jom kite tgk gambar2 sekitar majlis perkahwinan Nadia & Hijjaz ini......
No comments:
Post a Comment