Thursday, February 11, 2010

Qeenah & Adam Brunei ( Part 02 )

Last post utk wedding Qeenah & Adam ni adalah di sekitar majlis pernikahan mereka yg berlangsung di kediaman keluarga Qeenah yg sgtlah cantiknya tu dan utk post kali ni pula kite saksikan di sekitar majlis resepsi yg berlangsung pula di salah sebuah hotel terkemuka di ibukota Brunei..

Sepasang kebaya labuh dari fabrik french beaded lace digabungkan dengan sarong dari fabrik songket benang emas Brunei menjadi pilihan.. Adam pula memakai sepasang baju melayu pesak dan jaket di bahagian luarnya juga dari fabrik songket benang emas Brunei.

What a beautiful wedding.... thank a lots to Qeenah & Adam atas gambar2 yg sgt cantik ini.. So after this kita saksikan plak sessi last fitting yg dibuat di Brunei dan juga sekitar percutian kami di Brunei... :)

Sunday, February 7, 2010

Wedding Client from Brunei ( Part 02 ) Qeenah & Adam

Qeenah dan Adam merupakan client kami yg pertama dari Brunei dan diikuti pula dgn Fauziah dan beberapa lagi.. Qeenah merupakan salah seorang anak golongan kenamaan negara Brunei.. so yg pastinya wedding mereka ni boleh dikatakn agak mewah dan gemilang..

Qeenah dan Adam telah berkenan untuk menempah busana untuk majlis nikah dan juga majlis resepsinya.. Rekaan moden dress kurung moden dari fabrik lace dan organza menjadi pilihan Qeenah manakala untuk majlis bersandingnya pula dia memilih rekaan kebaya labuh juga dari fabrik french beaded lace dan digabungkan dgn songket tradisional Brunei.. rekaan untuk majlis resepsi itu diubah pada saat akhir kerana keluarga Qeenah memutuskan untuk memakai songket emas brunei.. Jadi kami memutuskan untuk membuat rekaan kebaya labuh dan dipadankan dengan sarong songket.. Yg pastinya harga songket tersebut mencecah ribuan ringgit yer.. ;)

Terima kasih kepada pihak Qeenah dan Adam atas kesudian memilih rekaan dari Jeffriey Ibrahim untuk dipakai di majlis perkahwinan yg penuh gemilang itu.. ohh yaa.. sekali lagi kami turun ke Brunei untuk melakukan sesi fitting yg terakhir.. so sempat la pusing2 bandar Brunei tu..;p Terima kasih Qeenah atas pic2 yg sgt cantik ni.. dan nantikan juga pic2 sekitar fitting session terakhir di Brunei.... Brunei..here we come...:)


Sekitar majlis pernikahan