Tuesday, January 26, 2010

Wedding Client from Brunei ( Part 01 )

Nampaknyer tempahan untuk busana perkahwinan bukan setakat untuk pasaran semenanjung sahaja, tapi kini da merebak ke Brunei jugak.. Alhamdulillah.. Fauziah merupakan salah seorang daripada client yg sanggup terbang dari Brunei ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menempah beberapa persiapan untuk majlis perkahwinannya.. termasuk la menempah busana pengantin..

Fauziah telah menempah 2 pasang baju iaitu untuk majlis akad nikah dan juga majlis resepsi yg diadakan di salah satu hotel terkemuka di Brunei.. untuk final fitting ni Fauziah telah menempah tiket flight untuk kami terbang ke Miri sebab dia xdpt dtg ke Kl.. Alhamdulillah.. nampaknyer Fauziah berpuas hati dgn busana perkahwinannya dan kawan dia nampaknyer berminat untuk menempah dgn kami.. Thanks Fauziah.. :)

Fitting untuk baju nikah..

Fitting untuk baju resepsi..

Saturday, January 16, 2010

Wedding Farah & Firamir

Awal-awal tahun lagi nampaknyer Jefffiey Ibrahim dah sibuk dgn wedding.. Sampaikan nak celebrate new year pun xsempat.. Tiap-tiap minggu sibuk dgn fitting session dan wedding function.. ALHAMDULILLAH.. :)

Pada 9 januari 2010 berlangsungnya majlis resepsi bagi pasangan Farah dan Firamir di adakan di dewan Komuniti TTDI, kl.. Pasangan pengantin ni tak tinggal di Malaysia.. mereka balik ke Malaysia ketika hampir dgn majlis perkahwinan mereka.. tapi tempahan telah awal2 lagi dibuat.. Cuma ffitting session terpaksa dilakukan berdekatan dgn tarikh majlis berlangsung.. tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik.. sebelum ini i dah buat wedding untuk cousin Firamir ni dan nampaknyer mak firamir suka dgn hasil kerja Jeffriey Ibrahim dan terus menempah utk majlis perkahwinan anaknya ni.. Terima Kasih..:)

Dress labuh dari fabrik beaded corded lace menjadi pilihan farah.. Perinciuan manik agak heavy pada bahagian dada hinggalah ke bahagian bawah baju.. Lengkap dgn scarf dan veil labuh serta kasut.. manakala Firamkir pula mengenakan sepasang baju melayu Johor .. Perincian manik syiling pada keseluruhan baju lagi menampakkan ciri2 tradisional Johor.. bulu ayam di songkok tidak dilupakan!

Wedding Zetty & Harith

Baru-baru ini berlangsungnya majlis perkahwinan pasangan Zetty & Harith di Concorde Shah Alam bagi majlis di sebelah lelaki.. Majlis perkahwinan Zetty ni membuka pintu 2010 bagi busana perkahwinan rekaan Jeffriey Ibrahim.. Dia juga merupakan bekas pengacara TV3 dan ipar kepada pelakon Sariyanti..

Untuk majlis perkahwinannya ini, beliau memilih gabungan rona cream dan light grey dari material chifon dan beaded lace..perincian manik tertumpu pada bahagian dada, lengan dan bawah baju.. Lengkap bersama veil dan kasut..Rekaan kebaya moden kontemporari menjadi pilihan Zetty dan Harith pula memakai suit..
Pengantin berarak masuk ke dewan persandingan
Fitting session..






Sunday, January 3, 2010

Engagement Nadya Adnan

One week after engagement Zarina, tiba pula giliran Nadya.. She's a Zarina cousin.. bertempat di kediaman keluarga Zarina iaitu di Ukay Perdana berlangsunglah majlis pertunangan yang begitu meriah, cantik dan meletop!!! Da macam wedding reception pulak.. ;) Majlis pertunangan Nadya ini merupakan majlis pembukaan untuk tahun 2010 ini..

Warna light pink dan cream menata gaya untuk keseluruhan konsep pertunangannya.. Dari pakaian, hantaran, pelamin, khemah dan juga gift semuanya bertemakan pink dan krim.. Rekaan kebaya moden pendek dari fabrik french beaded netting lengkap berserta layah pendek dan kasut menjadi pilihan Nadya.. Make up pula Nadya sentuhan dari Herry.. Kite jumpa lagi untuk majlis perkahwinannya pula nanti yer..;p

Nadya bersama tunang dan cousinnya Zarina & adiknya..

Me, Nadya & Herry ( make up aritist)

Hantaran dari pihak Nadya


Pelamin & khemah yg cukup sweet n romantis...

Saturday, January 2, 2010

..Welcome 2010..

Salam tahun baru 2010... Dah hampir sebulan tak update blog ni.. Hujung tahun yg penuh dengan pelbagai aktiviti dan perkara yg adakalanya mengembirakan, memeningkan dan mengusutkan otak.. cabaran akhir tahun..huhuhuh... :)

Sessi appoinmt dgn client, fitting, shooting dgn media nampaknyer berjalan seperti biasa dan nampaknya semakin bertambah..ALHAMDULILLAH.. Perancangan perlu disusun dgn lebih baik.. hehehee..;)

Penutup tahun 2009 diakhiri dgn sessi fitting utk majlis pertunangan Nadia di Ukay Perdana, Kl.. Tepat pukul 12 tgh mlm i dan Fie masih berada di rumah Nadia.. Semua tgh sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangannya yg berlangsung pada tarikh yg cukup cantik..01012010.. Seminggu sebelum tu satu lagi majlis pertunangan juga berlangsung di setiawangsa iaitu Zarina yg mana merupakan cousin kepada Nadia ni.. Kedua2 majlis pertunangan mereka ni memang cukup meletop!!! Boleh dikatakan sebagai majlis pertunangan yg hebat untuk penutup 2009 dan juga permulaan tahun 2010.. Saksikan gambar2 di sekitar majlis pertunangan Zarina dan Nadia..
Sepasang baju moden pendek dari fabrik lace digabungkan dgn chifon dihasilkan untuk majlis pertunangan zarina ini.. kasut dan layah melengkapi busana pertunangannya.. She's look soooooo beautiful.. :)